CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 13, 2011

Lawatan Ahli Persatuan Bahasa Cina ke SBPI Batu Rakit

Pada 9 Julai 2011, seramai 30 orang ahli Persatuan Bahasa Cina SMACH telah membuat lawatan sambil belajar ke SBPI Batu Rakit. Rombongan kami disambut oleh ahli Persatuan Bahasa Cina SBPI Batu Rakit. Antara aktiviti yang telah dijalankan bersama ahli Persatuan SBPI Batu Rakit termasuklah explorance, permainan catur, 'paper cutting' dan juga persembahan tarian kipas. Ahli-ahli persatuan juga bersempatan mengunjungi gerai-gerai pameran pelbagai persatuan SBPI Batu Rakit sempena Karnival Ko-kurikulum sekolah tersebut.